Berikut adalah ulasan saya mengenai article “Allah bukan lagi eksklusif untuk Melayu-Islam dan kedudukan Islam dicabar” (http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/05/allah-bukan-lagi-eksklusif-untuk-melayu-is)
Kita harus ingat cabaran ini datang bukan daripada sebarang instituisi tetapi the Catholic Church, satu institusi yang amat berpengaruh, kaya dan berpusat di Vatican yang misi nya ialah untuk mengembangkan ajaran Kristian ke seluruh dunia termasuk Negara kita.
Kita harus mengakui bahawa PM ingin memperluaskan reformasi beliau antara lain memberi lebih suara atau kebebasan kepada puak-puak bukan Melayu atau Islam yang kononnya ditindas. Oleh demikian, PM tidak dapat diharapkan.
Memang kita tidak puas hati dengan keputusan mahkamah tersebut tetapi kita haruslah bersatu menentangnya dengan apa cara sahaja (dengan tangan, mulut atau hati). Tetapi agak kesiannya apabila kita melihat orang PAS pula menyokong mereka dalam penggunaan nama Allah (sila lihat http://themalaysianinsider.com/mni/the-day-catholics-welcomed-a-man-from-pas-in-shah-alam.html) dan Bos PAS pula berkata “Hanya Islam yang dapat angkat martabat Melayu (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14243&Itemid=28). Semuanya mengelirukan kita.
Dapatkah perkara ini dilaungkan dan diingatkan kepada muslimat di masjid-masjid semasa kutbah sembahyang Jumaat? Dapatkah umat kita mengumpul peguam-peguam yang berkeliber untuk menentang kepintaran dan kekayaan Gereja Katolik? Walaubagaimanapun marilah kita sebagai umat Islam terus bersatu menentang keputusan tersebut.
Sila rujuk kepada article blog saya “The Name Allah: Part 1-3” dan blog Mufti Perlis http://drmaza.com/ (Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah)
ALLAHUAKBAR 3X
No comments:
Post a Comment