1. Permatang Pauh – amat sedih bagi UMNO. Ini adalah satu pertarungan yang sepatutnya amat mudah sekali bagi UMNO/ BN menang tetapi kerana masaalah kepimpinan, kemenangan memang amat sukar.
2. Pengundi Melayu berpecah dua; satu yang taksub kepada DSAI serta dikelirukan oleh pemimpin PAS yang mengambil kesempatan dan sebelah lagi yang berpihak kepada BN yang juga akan berpecah lagi sekiranya kepimpinannya terus membuat pelbagai kesilapan.
Bagi ahli PAS yang menyokong DSAI, harap mereka sedar sebelum terlambat akan senyuman dan penipuan AL-Setan dan kuncu-kuncu nya yang ingin melihat umat Islam sedunia terus berlaga untuk kepentingan seorang manusia yang bernama DSAI. Kepentingan seorang lagi insan yang disumbat duburnya tidak dipedulikan. Isu sumpah dengan nama Allah / Quran pun dipermainkan – itulah PAS yang mementingkan kuasa politik, lihatlah PAS dengan senangnya mengabaikan pengharaman judi, arak dll setelah berjinak dengan PKR dan DAP; mungkin PAS sedar akan pendirian parti itu yang selama ini tidak praktikal setelah dibuka mata oleh kuasa politik; sedih sekali, mungkin tersesat kut! Saya lebih percaya kepada pendapat Mufti Perlis daripada ulama-ulama PAS di dalam hal sumpah ini kerana beliau tiada berkepentingan politik dan memang iklas.
3. UMNO telah memilih calon yang dianggap terbaik tetapi masih tidak mampu mencabar DSAI. DSAI melaungkan satu kenyataan yang tidak dapat ditepis iaitu kepimpinan BN yang lemah, PM kita yang sentiasa dimaki hamun oleh begitu ramai rakyat. Peralihan kuasa sehingga 2010 yang diumumkan masih tidak direstui oleh kebanyakan pengundi. Saperti keputusan GE12 yang lalu, inilah factor utama yang akan menentukan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh
4. Isu terbaru Sodomy 2 dan isu-isu kepentingan Melayu yang lain seperti isu ugama forum Bar Council dan UiTM baru-baru ini banyak menghakiskan watak/peribadi/integriti DSAI. Justeru itu, ia boleh membantu mengukuhkan kedudukan calon BN. Sebaliknya, pengundi bukan Melayu dengan dorongan DAP serta human rights groups termasuk PKR akan terpengaruh untuk mengundi DSAI; jelas DSAI tidak dilihat sebagai seorang pejuang Melayu dan ugama.
5. DSAI telah membuat banyak kesilapan baru-baru ini dan beliau mungkin berpendapat pengundi bukan Melayu yang akan menentukan kemenangan beliau.
6. DSAI terus dapat sokongan luar negara dan kali ini kononnya sokongan daripada pihak ulamak Indonesia Gus Dur. Seperti sokongan pentadbiran Amerika Syarikat dan persatuan human rights antarabangsa yang hanya ingin merosakkan ugama Islam, Kerajaan harus terus menegur niat buruk mereka supaya jangan masuk campur tangan di dalam hal negara ini.
Anasir-anasir sesat ini yang memperjuangan pendapat/ pendirian mereka atas asas Universal Human Right Declaration saperti yang dilaungkan RPK patut “dipancong” habis-habisan. Sekiranya tidak, dunia akan menuduh BN sebagai tidak telus melakukan pengundian dan gagal berlaku adil. Ini satu lagi penderhakaan besar DSAI; matlamat beliau hanya mementingkan diri beliau sendiri kerana gila kuasa sehingga sanggup mengadai maruah bangsa, negara dan ugama.
7. Walaupun ramai pundit menjangka DSAI akan menang walaupun tipis tetapi UMNO/ BN patut mengambil kesempatan ini untuk membukti
· bagaimana buruknya perangai peribadi DSAI (termasuk sebagai seorang peliwat seperti yang terbukti di Sodomy 1) dan terbukti dengan pelbagai tipu helah dalam Sodomy 2 termasuk tidak bersumpah laknat.
· tipu helah dan kesilapan ketara beliau (sekarang dan semasa menjadi DPM satu dahulu ( IMF Krisis kewangan 1997) yang tidak mementingkan negara, bangsa dan ugama. Ingat harta negara hampir dirompak oleh perompak bangsa asing dan hak istimewa Melayu juga hampir tergadai.
· Belau merupakan perompak utama negara sebanyak RM3b semasa menjadi DPM. Dengan pelbagai penipuan dan corak politik beliau yang kurang sihat termasuk menggunakan RPK , beliau telah banyak menghura-harakan Negara
· derharka kepada umat Islam melalui pendekatan beliau dengan tokoh-tokoh pentadbiran America Syarikat, sebagai profesor jemputan terhormat di universiti negara itu dan juga sebagai Pengerusi badan UN Foundation of the Future yang dianjorkan dengan berjuta-juta USD dengan matlamat merosakkan penganut umat Islam di Negara-negara Timur Tengah dan Benua Afrika melalui perkembangan program-program reformasi, demokrasi dan liberalisasi ugama Islam. Gus Dur bukanlah ulama negara ini.
Masanya sudah tiba, dalam tempoh singkat ini sebelum pengundi buat keputusan, media utama dan bloggers harus berulangkali dan penuh semangat mencerminkan serta membuktikan dengan terperinci latar belakang DSAI sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi pemimpin negara. Kita tidak harus takut dengan hujah, pendapat dan pendirian bangsat asing yang akan, apa sekalipun terjadi, mengatakan BN telah menggunakan taktik kotor dan tidak telus.
Akhirnya, PM harus bertanggong jawab dengan prestasi BN dan keputusan pilihanraya nanti. PM harus melepas jawatan secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum akhir tahun ini, untuk kepentingan rakyat; lupakanlah sahaja segala kerja yang ingin beliau selesaikan – pengganti beliau bolih meneruskan semuanya.
The King, his family and U
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment