1. Politik perkauman (racial based politics) yang dipraktikkan di Negara selama ini telah berjaya membawa Negara ke kemuncak kemewahan dalam suasana aman dan sejahtera. UMNO dengan Ketuanan Melayu telah berjaya membimbing kerajaan di bawah Barisan Nasional di mana parti-parti utamanya diwakili kaum-kaum mereka sendiri di dalam satu perkongsian kuasa yang berlandaskan undang-undang yang sudah diterima (accepted rule of law) dan berasaskan penerimaan Kontrak Sosial yang sedia ada.
2. Olih kerana “kebijaksanaan” PM, melalui banyak protest vote terhadap PM, BN telah kehilangan kuasa di mana 5 negeri dan WPKL telah jatuh ke tangan pembangkang dan majoriti di parlimen kurang daripada 2/3. Justeru di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, DAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” dan PKR dengan “Kedaulatan Rakyat” mencabar hak-hak istimewa Melayu di bawah Dasar Ekonomi Baru dan kebebasan ugama lain juga diutamakan. Pihak PKR dan DAP juga disokong oleh mereka yang menyokong prinsip-prinsip hak asasi manusia yang kononnya mengikut landasan Bangsa-Bangsa Bersatu (yang mengikut telunjuk Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat) seperti Majlis Peguam Malaysia dan juga mereka yang berfahaman sosialis yang radikal. Kerana kelemahan pentadbiran PM, keadaan politik, sosial dan ekonomi Negara amat tidak stabil, tonggang terbalik sehingga pelabur asing pun lari daripada Malaysia. Nota: pelabur asing melabur di Malaysia selama ini kerana politiknya yang stabil.
3. Sekiranya PAS dan UMNO dapat berkerjasama di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dalam isu-isu yang berkenaan, ia merupakan seperti keadaan politik dipulih sedia ada sebelum GE12 dimana Ketuanan Melayu diutamakan dan pada hakikatnya politik perkauman kembali berkauasa. Olih yang demikian, tiada sebab rakyat bukan Melayu atau penganut bukan Islam harus takut atau was-was dengan perpaduan Melayu dan Islam yang sedang dibicarakan antara UMNO dan PAS. Yang utama, keamanan dan kestabilan politik akan pulih kembali dan ekonomi sedia diperkukuhkan.
4. Tapi ada masaalah besar – PM tidak sepatutnya mengetuai pihak UMNO di dalam perbincangan tersebut kerana beliau berkepentingan; perkara ini tidak perlu kalau tidak kerana kesilapan dan kelemahan kepimpinan beliau yang amat ketara. PM (dan anak menantunya) tidak harus masuk campur dan beri laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk mengendali bagi pihak UMNO; muzakarah ini juga bukan daripada ilham PM. Ikutlah contoh PAS di mana Pengerusinya Nik Aziz tidak termasuk bersama di dalam perbincangan tersebut. Juga sekiranya PM terus berkuasa, menafaat daripada kerjasama ini akn kurang berkesan.
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment