BAHAGIAN 1
PEGAWAI BERPILIHAN BULU MASIH TUALANGI SILAT JPWPKL & SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA 2008?
MENGAPA HARUS PEGAWAI-PEGAWAI TERTENTU YANG MEMBUAT KEPUTUSAN “PILIH BULU” DIBIARKAN MENGURUS PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH 2008 TANPA DITEGAH?
Pada Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah JPEPKL 2007, perbuatan pilih bulu berikut telah berlaku:
- Anugerah Sekolah Menengah Perempuan Terbaik (‘SMPT’) 2007 - Sekolah(A) yang telah menangi 3 emas dan1 perak tidak dipilih memenangi SMPT tetapi sekolah (B) yang hanya memenangi 1 emas dan perak telah memenangi anugerah tersebut.
- Wakil Acara Silat Olahraga Kategori A di Kejohanan SSM 2007 di Kota Bahru Kelantan (SSM 2007) -Pemenang kategori A Silat Olahraga (daripada Sekolah A) yang dua tahun berturut-turat (2006&2007) dan MEMEGANG tali hitam ditipu habis-habisan supaya tidak mewakili JPWPKL di SSM 2007 untuk kategori tersebut. Sebaliknya seorang pesilat yang hanya memenangi tempat ketiga dan daripada kategori lain pula iaitu kategori B dan kurang berkelayakan.
Keputusan rasmi Kejohanan Silat Puteri JPWPKL 2007 (18-21 Jun 2007) disiarkan dibawah.
Nota: i) Secara kebetulannya, Sekolah B lelaki telah juga memenangi Anugerah SMPT (Putera) 2007
ii) Seorang pesilat lelaki di sekolah B yang memenangi dua kategori telah dibenakan bertanding di SSM 2007 tetapi pesilat Puteri yang tersebut di memenangi dua ketegori hanya dibenarkan mewakili hanya silat tempur bersama kawan beliau.
Di SSM 2007, dua pesilat Acara Silat Tempur kategori puteri dari Kontingen JPWPKL telah secara konsisten dihina (silat mereka dikatakan silat gila dll),di ugut (dilaporkan ke sekolah supaya rekod mereka akan rosak selamanya dll), dipinggirkan, disindir serta ditindas dengan perbuatan lain yang keterlaluan (termasuk merampas kelengkapan sukan mereka dan duit gambar) dll sehingga kedua pesilat mengelami penderitaan emosi, mental and psikologi tanpa belas kasihan sedangkan kedua pesilat tersebut akan mengambil peperiksaan SPM 3 bulan kemudian..
Di mana laungan “Silat Untuk Semua”? Dimanakah Aspirasi Pembanguanan Sumber seperti yang dinyatakan dibawah Polisi Pendidikan Kebangsaan, yang nyata adalah laungan angkuh seorong pegawai “Saya boleh tukar markah pertandingan”!!!
Walaupun laporan dibuat kepada Jabatan Pendidikan WPKL/ Kementerian Pendidekan tetapi tiada tindakan diambil ke atas 3 orang pegawai yang tertentu. Apakah pegawai pegawai yang bersikap angkuh dan tidak ada integriti begini patut dibiarkan terus berkhidmat ???
Untuk Bahagian 2 cerita benar ini yang dipenuhi dengan maklumat lanjut/ terperinci, sila layar dilaman ini esok hari. Amat sedih ceritanya!
Akan Berlakukah Semula Penipuan/ Berpilihan Bulu Dikejohanan Silat 2008?
Keputusan Pertandingan Silat Sekolah Menengah Puteri JPWPKL 2007
SILAT SENI | | SILAT OLAHRAGA |
SENI TARI Johan SMK T. SERI RAMPAI (GM) Naib-Johan SMK BB SENTUL (HP) Ketiga SMK Raja Ali (GM) TEMPUR Johan SMK SBU (GF)# Naib-Johan SMK WANGSA MAJU S2 (GM)* Ketiga SMK B.B SENTUL (HP) JURUS SILAT/ MASAL Johan SMK WANGSA MAJU S2 (GM)* Naib-Johan SMK B.B SENTUL (HP) Ketiga SMK YA’ACOB LATIF (GM) | | SILAT OLAHRAGA (42-45kg) Johan SMK SBU (GF)# Naib-Johan SMK SRI RAMPAI (GM) Ketiga SMK P. WILAYAH (GF) SILAT OLAHRAGA (48-51kg) Johan SMK BB SENTUL (HP) Naib-Johan SMK SBU (GF)# Ketiga SMK SBS (GF) & SMK YA’ACOB LATIF (GM) SILAT OLAHRAGA (54-57kg) Johan SMK SBU (GF)# ) Naib-Johan SMK BB SENTUL (HP) Ketiga SMK T. MALURI (GF) & SMK COCHRANE (GF) |
GF: Silat Gayung Fatani , GM: Silat Gayung
SMK Wangsa Maju memenangi 1 emas dan 1 perak diberikan Anugerah SMPT walaupun SMK SBU memenagi 3 emas dan 1 perak. Kalau ini bukan pilih bulu, apa dia? Rosaklah kokirokulum silat sekiranya tiada pembetulan dan pencemaran seperti begini berterusan!!!
27/6/08.
No comments:
Post a Comment