Sunday, June 29, 2008

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA – BAHAGIAN 3

BAHAGIAN 3– Peristiwa Amat Pahit di Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Malaysia 2007 di Kota Bahru.

(dipetikkan daripada laporan ibu bapa kepada Jabatan Pelajaran WPKL)

3.1 Latar Belakang

Beberapa salah faham telah berlaku diantara guru-guru silat F& R dengan Encik H (selaku Pengurus Pasukan JPWPKL dan kemudiannya diangkat pangkat sebagai Pengurus Pasukan) dan Encik K, Ketua Teknik Silat JPWPKL pada malam sebelum pertandingan berlangsung dan pada pagi nya, yang tidak melibatkan kedua pesilat F and R. Guru-guru silat F dan R secara rasmi nya merupakan pegawai-pegawai kontingen negeri lain di kejohanan tersebut.

Walaupun anak-anak ini, F dan R, tidak terlibat didalam sengketa antara dewasa, mereka tetap di anaiya oleh pengurusan kontingen WPKL mulai hari pertama di Kejohanan di Kota Bahru itu. Pada hari 3, setelah F dan R membuat persembahan mereka, kedua anak ini ditindas habis-habisan yang kononnya direstui JPWPKL seperti dicatitkan didalam surat JPWPKL.

Ibu bapa F yang berada di Kuala Lumpur hanya tahu perkara amat pahit tersebut sehingga selepas ia nya berlaku.

3.2 Penindasan terhadap F & R

Didalam laporan aduan ibu bapa, tercatitnya aduan-aduan terperinci serta akibatnya daripada pengakuan bertulis anak-anak ini adalah seperti berikut:-

(i) Pada hari pertama 23 Julai 2007 waktu rehat makan tengah hari bertempat di tempat paking kereta, Pengurus Pasukan bertindak kejam, bersikap keterlaluan dan melulu apabila memarahi dan menggertak F dan R yang anak-anak ini akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dan menulis sebab mengapa anak-anak ini tidak bertanding menyebabkan anak-anak ini menangis, keliru dan ketakutan.

Ini berikutan konon nya perbuatan F dan R pergi duduk dengan kontingen Putrajaya pada pagi hari tersebut apabila dipanggil oleh jurulatih, Encik N yang merupakan guru silat anak-anak ini bertujuan untuk memberi nasihat supaya melakukan yang terbaik bila bertanding nanti. Encik N merupakan pegawai kontingen Putrajaya.

(ii) Pada hari yang sama, 23 Julai 2007, lebih kurang 10 malam, bertempat di dalam Stadium Jubli Perak, Kelantan, Encik K selaku Pengerusi Teknik JPWPKL telah bertindak keterlaluan mengaibkan dan memalukan anak-anak ini, secara tidak langsung tetapi jelas ditujukan kepada F dan R, di hadapan seluruh kontingen dengan mengatakan jurulatih anak-anak ini jurulatih gila dan silat mereka ialah silat gila dan dengan sengaja memperlekehkan Guru Silat dan aliran perguruan silat (Seni Silat Gayung Fatani) yang mereka pelajari

(iii) Pada masa dan tempat yang sama dengan (ii) di atas, Pengerusi Teknik JPWPKL telah menggertak dan menghina F dan R bahawa beliau memberi peluang kepada anak-anak ini untuk memberi kata putus sama ada anak-anak ini akan bertanding sehingga keesokannya menyebabkan anak-anak ini ketakutan dan bingung dengan sikap keterlaluannya.

(iv) Pada hari yang sama, 23 Julai 2007, di dalam bus yang menjadi pengangkutan kontingen WPKL semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan, dengan menggunakan mikrofon, Pengurus Pasukan zpula telah mengaibkan, memalukan dan dengan sengaja cuba mematahkan semangat anak-anak ini, secara tidak langsung tetapi jelas ditujukan kepada F dan R supaya jangan fanatik kepada 1 jenis silat dan jangan terperangkap dalam tempurung. Beliau sebelum ini lebih maklum kerana telah diberitahu F dan R tentang cita-cita mereka untuk pergi jauh dengan Guru Silat mereka..

(v) Pada hari kedua, 24 Julai 2007, lebih kurang pukul 11 malam, bertempat di dewan PCB Resort, semasa taklimat diadakan, Encik H selaku Pengurus Pasukan telah berlaku tidak adil kepada F dan R kerana dengan sengaja memberi baju-T yang bersaiz terlalu besar untuk F dan R sedangkan peserta-peserta lain yang bersusuk lebih besar mendapat saiz baju yang lebih kecil menyebabkan anak-anak ini terasa ada diskriminasi terhadap mereka.

(vi) Pada pagi sehingga tengahari hari ketiga 25 Julai 2007 bertempat di luar dewan PPKB, pegawai-pegawai bersikap keterlaluan, tanpa belas kasihan dan tanpa memikir tentang impak ke atas emosi, memperlakukan seolah-olah F dan R seperti penjenayah dengan mengarah beberapa rakan sepasukan untuk memerhati pergerakan anak-anak ini semasa F dan R sedang berlatih menyebabkan mereka rasa terhina dan menghadapi tekanan jiwa.

(vii) Pada hari yang sama, 25 Julai 2007 lebih kurang pukul 5 petang di dalam bas semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan selepas tamat acara Seni Silat Tempur, Pengurus Pasukan dengan perasaan begitu marah kepada F dan R, telah mencabar masuk gelanggang Guru Silat anak-anak ini di hadapan pelajar-pelajar dan ahli kontingen yang lain untuk melemahkan semangat mereka terhadap Guru Silat yang mereka begitu hormati. Pada acara tersebut F dan R telah menukar format persembahan dengan memasukkan seni tempor yang lebih tinggi pada saat akhir atas cadangan Guru Silat

(viii) Pada masa dan tempat yang sama seperti (vii) di atas, Penghulu Kontingen, besar kemungkinan atas arahan pegawai-pegawai tersebut dengan terang-terang telah membahagikan gambar kontingen WPKL yang telah diambil sebelum ini. kepada setiap peserta melainkan Fiqah dan Roselyn, maka dengan sengaja memalukan, mengaib dan mengecewakan anak-anak ini

(ix) Pada malam 25 Julai 2007, di sekitar pukul 10 lebih bertempat di hadapan dewan yang menjadi tempat berlangsungnya Majlis Makan Malam selepas berakhirnya Majlis tersebut, disebabkan menukar format persembahan dan juga dipengaruhi oleh pegawai-pegawai berkenaan, En G pegawai daripada JPWPKL di hadapan beberapa pegawai kontingen telah menyoal F dan R, memberi amaran serta memaklumkan tindakan disiplin boleh di ambil ke atas kedua-dua anak-anak ini kerana perbuatan anak-anak ini yang telah menukar format persembahan{* tetapi beliau akan hanya mengesyorkan kepada pentabiran sekolah supaya sesi kaunseling dikenakan ke atas anak-anak ini dan mereka akan dipantau sekembali mereka ke sekolah} menyebabkan anak-anak ini berasa ketatutan dan malu kerana hal ini akan sampai ke pengetahuan guru-guru SBU.

*{telah dikatakan oleh G selepas perbincangan dengan Cikgu N esok hari nya}

(x) Pada masa dan tempat yang sama dengan (ix) di atas, Pengurus pasukan telah mengaib dan memalukan F dan R apabila menuduh anak-anak ini degil dan keras hati apabila berdiam diri kecuali mengatakan supaya bertanya kepada Guru Silat kenapa mereka mengubah persembahan mereka menambahkan perasaan malu serta diaibkan.

(xi) Pada malam 25 Julai 2007 di hadapan dewan selepas Encik G meninggalkan lokasi, Pengurus Pasukan telah berlaku kejam dan sungguh tidak bertimbang rasa terhadap F dan R dengan kata-kata pedas dan hina serta menggertakan dengan memgatakan

- Beliau tidak menerima maaf anak-anak ini mengatakan bahawa anak-anak ini mengambil masa terlalu lama untuk berbuat demikian dengan bertanya kepada mereka “ …dah lama masa yang kamu ada untuk minta ma’af?” (tidak verbatim)- (Pengurus Pasukan bukan nya dewa)

- Kepala anak-anak ini ditanam cip (kerana terlalu mengikut kata-kata Guru silat mereka) – (kata-kata keterlauan)

- Tindakan menukar format persembahan memalukan kontingen WPKL (bersama pegawai tertuduh no. 3 Puan NE) (boleh diperdebatkan)

- jika ikut perasaan beliau, beliau sudah lama lempang anak-anak ini kalau anak-anak ini bukan anak perempuan (Amat salah tingkah laku bagi seorang pendidik – memang kesalahan ketara bagi seorang pendidik untuk berkata sedemikian?

- bahawa anak-anak ini tidak akan diberi sijil penyertaan Kejohanan tersebut disebabkan tidak layak menerimanya (penipuan yang amat ketara - perkara ini bukan dibawah kuasa pengurusan kontingen)

- mengatakan dengan secara menggertak tanpa sijil tersebut anak-anak ini akan menghadapi kesukaran untuk memasuki mana-mana IPTA (penipuan/ gertakan yang amat ketara dan salah– sejak bila kah pengurusan kokirokulum boleh menentukan kemasukan IPTA?)

- Memaksa kedua anak-anak ini mengemaskan bagasi mereka dan berpindah ke bilik kontingen Putrajaya dan balik bersama dengan Kontingen tersebut. Namun selepas itu ia itu lebih kurang pukul 11.30 malam, kesemua pegawai-pegawai, kecuali Encik K dan seorang cikgu lain, telah pergi ke Bilik Nombor 316 di mana F dan R menginap, Pengurus Pasukan telah memaklumkan setelah berbincang dengan guru dari Putrajaya, guru Putrajaya enggan mengambil tanggungjawab untuk kedua-dua anak-anak ini. (Memang Pengurus Pasukan tipu kerana tiada guru Putrajaya mengesahkan perbuatan beliau)

- menuduh bukan sahaja mengatakan silat yang dipelajari oleh anak-anak ini sudah terpesong malah juga menuduh mereka sudah terpesong (Di fahamkan Pengurus Pasukan telah di lucutkan daripada perguruan Silat Gayung Fatani)

- menuduh F memandangnya seperti mahu makan dan tidak menerima penjelasan yang F tidak pernah bermaksud demikian (Besar nya ego si Pengurus Pasukan)

- ingin menghalang kemasukan sekolah-sekolah yang berada di bawah bimbingan Guru Silat anak-anak ini dari menyertai apa-apa pertandingan silat peringkat sekolah ( Menggertakkan lagi masa hadapan anak-anak dalam kegiatan silat mereka)

- Pengurus Pasukan dan Puan NE menggertak akan menelepon ibu bapa ini menghantar surat lapuran kesekolah yang akan menjadi rekod tetap (“laporan ini akan ada untuk selama lamanya tahu?”) – tidak verbatim (Ibu bapa tidak menerima pangilan telefon dan difahamkan tiada laporan dihantarkan kesekolah; mungkin takut apabila khabar bersebar mengatakan ibu bapa akan membawa perkara kelakuan buruk pengurusan ke pihak atasan)

- Dan lain-lain seperti yang terkandong dalam testimoni F dan R

Ini menyebabkan anak-anak ini ketakutan, kebimbungan, malu, merunsing, kecewa dan mengalami tekanan jiwa yang teramat

(xii) Pada lebih kurang pukul 12.00 tengah malam 25 Julai 2007, bertempat di luar bilik F dan R, Pengurus Pasukan yang telah disaksikan oleh kebanyakan pegawai pengurus kontingen telah mengaibkan F dan R dengan memaksa tanpa rela hati untuk menyerahkan semula kelengkapan sukan hak anak-anak ini iaitu ‘track suit’, 2 helai t-shirt, tuala muka ( yang setiap peserta telah dihadiahkan oleh JPWPKL/Kementerian kepada semua peserta kontingen untuk kejohanan tersebut) yang menyebabkan anak-anak ini kecewa, malu dan semakin tertekan. (Menunjukkan Pengurus Pasukan amat kurang ajar merampas hak anak-anak ini)

(xiii) Pada lebih kurang pukul 12 tengahari 26 Julai 2007 di premis Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan, Pengurus Pasukan telah menuduh anak-anak ini menipu apabila salah seorang guru silat anak-anak ini, Encik A menyahut cabaran Pengurus Pasukan seperti yang telah dinyatakan pada perkara (vii) di atas memyebabkan anak-anak ini keliru, terkejut, kecewa, dianiayai dan tersenggug kerana tergamak Pengurus Pasukan memutarbelitkan, menuduh serta memfitnah mereka berdua.(dikatakan Pengurus Pasukan telah kecut perot, hanya berani tunjuk belang di depan murid-murid tetapi amat takut apabila di cabar)

(xiv) Pada masa yang sama dengan (xiii) di atas, melalui Encik A, semasa Pengurus Pasukan cuba berunding dengan Encik A, Pengurus Pasukan menuduh anak-anak ini telah enggan mengikuti kontingen pergi ke dewan untuk menyokong rakan yang sedang bertanding pada malam hari kedua, 24 Julai 2007 sedangkan beliau telah memberi izin kepada F dan R untuk menjaga seorang peserta sekolah rendah dari kontingen WPKL, bernama Fatihah yang sedang sakit. (Penipuan amat ketara oleh Pengurus Pasukan WPKL – amat jijik perangai beliau)

Ini menyebabkan F dan R merasa dianaiyai kerana fitnah oleh Pengurus Pasukan yang telah memutarbelitkan kebenaran

(xv) Pada lebih kurang pukul 4 petang pada 26 Julai 2007, walau pun tidak secara langsung tetapi ditujukan kepada F dan R di hadapan kontingen, di dalam bas dengan menggunakan mikrofon, Pengurus Pasukan telah menakutkan anak-anak ini dengan mengatakan atau yang membawa maksud ‘Saya sebagai seorang guru tidak pernah mendoakan yang buruk tentang anak murid saya tapi kamu faham-fahamlah doa seorang guru’ menyebabkan anak-anak ini sangat takut, semakin keliru dan kecewa.(Guru jenis apa ini?)

(xvi) Pada lebih kurang pukul 4.30 pagi pada 27 Julai 2007 bertempat di hadapan premis Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa, walaupunn secara tidak langsung tetapi ditujukan kepada F dan R di hadapan kontingen, Pengurus Pasukan menakutkan anak-anak ini dengan berkata atau membawa maksud ‘Tak pernah kejadian seperti ini berlaku kepada saya. Saya cuma harapkan Tuhanlah yang membalas pasal semua’ memyebabkan anak-anak ini sangat takut, bingung serta malu yang idak terhinnga (Apakah jenis seorang guru yang menggunakan agama bagi melindung kesilapan / kegagalan beliau?)

(xvii) Akibat daripada apa yang telah dilakukan oleh Pengerusi Teknik JPWPKL dan Pengurus Pasukan, F dan R telah mengalami trauma, kecederaan psikologi dan emosi serta tekanan jiwa yang amat teruk, batin mereka terseksa sehingga menghadapi gangguan fikiran, gangguan tidur hingga mengigau, keyakinan dan harga diri yang merundum, sukar mengulangkaji pelajaran kerana diaibkan, dimalukan, ditakutkan, digertak, dituduh, difitnah, diperlekeh serta sikap Pengurus Pasukan dan Pengerusi Teknik JPWPKL yang pilih kasih dan tidak adil

(xviii) Akibat daripada perbuatan Pengurus Pansukan dan Pengerusi Teknik JPWPKL, mereka dan juga hampir semua pegawai kontingen telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diserahkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada mereka untuk menjaga kebajikan F dan R dengan sewajarnya sebagai pelajar-pelajar yang telah mewakili kontingen WPKL untuk Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa 2007

(xix) Akibat daripada perbuatan dan sikap yang telah mengaibkan dan menjatuhkan maruah F dan R, Pengurus Pasukan dan Pengerusi Teknik telah mengakibatkan hampir semua pegawai dan peserta kontingen terpengaruh dan hilang hormat serta memulau F dan R

(xx) Akibat daripada perbuatan Pengurus Pasukan dan Pengerusi Teknik JPWPKL, pegawai-pegawai telah gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk mengawal serta membiarkan beberapa pelajar yang belum matang dan mudah terpengaruh, menyanyikan dengan kuat lagu sorak yang direka oleh Cikgu Ali bertujuan untuk mencemuh, mengejek, dengan cara tidak langsung, tetapi jelas ditujukan kepada F dan R, yang telah menyebabkan jiwa dan rohani F dan R merasa begitu tertekan dan malu

(xxi) Gagal selaku pendidik untuk menunjukkan contoh dan tauladan yang baik

(xxii) Gagal menjalankan tugas mereka dengan telus, bijaksana dan profesional, menyalahguna kuasa serta gagal mengurus kontingen dengan cekap sehingga menyebabkan F dan R ditindas sewenang-wenang dan menjadi mangsa keadaan

Walaupun ibu bapa membuat aduan khusus terhadap dua pegawai tersebut, terdapat juga guru-guru lain (terutamanya Puan NE) selaku pegawai-pegawai yang menyertai kontingen WPKL yang turut bersama memulau anak-anak ini dan ada yang membuat komen kedua-dua anak-anak ini seolah-olah telah membelot kerana membuat penukaran dalam persembahan mereka. Mereka boleh dikatakan turut bersubahat mencederakan anak-anak ini dari segi emosi, mental dan psikologi.

F dan R amat bingung dan terkejut dengan reaksi dan sikap yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai kontingen. Keyakinan mereka terhadap pegawai- pegawai begitu terjejas sekali daripada hari pettama lagi reaksi dan begitu negative sehingga mempengaruhi semua rakan-rakan sepasukan dan telah bersama-sama memulau F dan R. Pastinya anak-anak ini amat kecewa; pegawai-pegawai kontingen yang sepatutnya boleh diharapkan, dihormati dan dipercayai untuk menjaga mereka terutama ketika dalam keadaan genting atau bila ada kemusykilan telah menunjukkan reaksi sebalik nya.

3.3 Perasaan Sedih Ibu Bapa

Perbuatan tidak bertanggung jawab pegawai-pegawai ini menyebabkan trauma begitu dasyat sekali keatas anak-anak ini tetapi mereka tidak pernah memberitahu ibu bapa apa yang sedia berlaku sehingga mereka tidak tertahan lagi menanggung baban perasaan selepas disoal siat pada malam selepas bertanding. Mereka menangis ketakutan bukan saja dengan apa yang berlaku tetapi juga kerana runsing apakah reaksi ibu bapa terhadap mereka kerana takut dimarahi juga.

Apabila ibu bapa F diberitahu melalui telepon pada lebih kurang 1 pagi, 26 Julai 2007 mengenai kejadian-kejadian tersebut, bapa F naik marah dan mahu anak-anak ini pulang secepat mungkin dengan kapal terbang; tidak perlu tunggu sehingga selesainya kejohanan dan pulang dengan menaiki bas bersama kontingen WPKL kerana psati anak-anak ini akan terus dianaiyai oleh pegawai-pegawai yang berperangai biadap ini. Bagaimanapun, setelah dipujuk isteri dan lain-lain pihak supaya bersabar dan bertenang, bapa F pun benarkan F pulang bersama kontingen WPKL.

Tetapi hati bapa F amat gelisah, rasa kurang senang sehingga tidak dapat tidur malam/ pagi itu menantikan kepulangan anak nya. Amat betul firasat bapa F apabila diberitahu kedua-dua F dan R bahawa mereka terus diperkecilkan dan diejek oleh beberapa pelajar-pelajar dalam kontingen WPKL semasa menuju ke bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pegawai-pegawai tersebut ada bersama pada waktu kejadian itu dan membiarkan perkara itu berlaku. Setibanya di Pusat Kokurikulum, Pengurus Pasukan masih lagi sempat memperli mereka sebelum ibu Fiqah sampai untuk mengambil anak-anak ini.

Semasa di Kota Bharu pada petang 26 Julai 2007, Pengurus Pasukan boleh berkata atau membawa maksud ‘Saya yang sebagai seorang guru tidak pernah mendoakan yang buruk tentang anak murid saya tapi kamu faham-fahamlah doa seorang guru’. Semasa sampai di Pusat Kokurikulum pula pada pagi 27 Julai 2007, beliau sempat berkata kepada anak-anak ini ‘Tak pernah kejadian seperti ini berlaku kepada saya. Saya cuma harapkan Tuhanlah yang membalas’.

Dengan mudah beliau membuat kenyataan begitu seolah-olah Pengurus Pasukan yang menjadi mangsa. Beliau harus sedar perbuatan beliau dan pegawai-pegawai lain yang telah mempengaruhi hampir seluruh kontingen merupakan pengalaman yang paling pahit untuk kedua-dua anak remaja ini yang belum lagi faham dan terdedah dengan asam garam kehidupan.

Ibu F sungguh terkejut bagaimana seorang dewasa yang merupakan seorang guru sanggup menggunakan agama untuk menakutkan anak beliau dan sahabatnya. Untuk mententeramkan jiwa anak-anak ini bapa F menasihatkan bahawa the truth will prevail’, doa orang yang dianiaya dan doa seorang ibu akan lebih dikabulkan Allah, bahawa Allah menduga mereka kerana mahu meningkatkan mertabat mereka maka sama-sama kita mendoakan perkara yang benar akan keluar di sebalik musibah yang berlaku.

IBU BAPA TIDAK RELA DAN TIDAK BOLEH MEMAAFKAN PERBUATAN KEJAM YANG DILAKUKAN OLEH PEGAWAI-PEGAWAI TERSEBUT KE ATAS F DAN R.

Bayangkan perasaan tuan sendiri sekiranya anak tuan diperlakukan dan di perlekehkan sebegini. Adakah Tuan akan berdiam diri? Ini melibatkan maruah anak anak ini, oleh itu maruah sebagai ibu bapanya. F dan R memberitahu mereka rasa sungguh terseksa dengan perbuatan pegawai-pegawai dan juga beberapa pelajar dalam kontingen tetapi tetap bersabar dan hanya berdiam diri. Mereka yakin sekiranya ini berlaku kepada pelajar lain terutama pelajar lelaki, pasti pelajar itu akan melawan atau bertindak balas.

Dengan perasaan amat sedih, Ibu bapa F telah membuat aduan kepada JPWPKL untuk mengambil tindakan terhadap Pengurus Pasukan dan Pengerusi Teknik (kemudian nya Puan NE dinamakan sebagai pegawai ketiga yang terlibat)

Bahagian 4 yang akan menyusul kemudian hari, Insya ‘Allah, akan mengulaskan mengenai tuntutan tindakan serta kisah surat menyurat antara ibu bapa F dengan JPWPKL.

3 comments:

kakitangan said...

SALAM.
wahai penulis yang bijak lagi buduuh/
bole x senyap ?? kalo x burukkan org laen x boleh ke ? ha > tabiat ? weyh! betaubat aa ! wlaupon aku tade kne mngene ngn hal ni, tp aku terase gak. xsngke manusie mcm kau ni wujud lg zaman sekarang . DOSA MEMFITNAH LAGI BESAR DARI DOSA MEMBUNUH la weh ! xtau ? kurang pendidikan agame ? aku rase mmg pon!
suda suda aa mengate orang . ko sekola ape ? sbu eh ? hahah! kesian SBU en, x psl2 nme SBU buruk sbb perangai TAIK ko nih ..
tuih !

pewangimalam said...

Petikan daripada laman web WHACKTHEMBUGGER:
Pada acara tersebut F dan R telah menukar format persembahan dengan memasukkan seni tempor yang lebih tinggi pada saat akhir atas cadangan Guru Silat

( kami akan tunjukkan bukti video persembahan seni tempur yang dikatakan tinggi ilmunya sehingga mendapat tempat terakhir dalam pertandingan silat peringkat kebangsaan /antarabangsa 2007)

tunggu dan layari laman web ini yang akan menjawab semua tuduhan yang tidak berasas dan berunsurkan fitnah.(Hanya orang yang berada disana sahaja yang tahu cerita sebenar ....bukan cakap mulut daripada dua pesilat yang mentah dan senang dipengaruhi oleh mahagurunya yang ego,merasakan dirinya hebat dan tidak pernah mengaku salah ..serta memutar belit kan cerita yang sebenar)

GotMilk said...

adakah kamu semua membaca betul2 kndgn dokumen2 ini? klu kamu baca btol2 kmu kn sdr yg dipertikaikan di sini, bkn kemenangan 6 thn berturut2 smkwm2 tp penyelewengan yg dilakukan oleh org dewasa yg berkuasa ke atas kptsn pertandingan ini kerana jwtn yg dorg ada

mmg juri2 yg ptut memberi markah tetapi apakan daya juri bila sesampainya kertas pemarkahan ke meja ketua pertandingan pegawai yg ada di sana menukar markah tu? malah di kelantan ada lg saksi dari kontingen lain yg menyatakan wakil tsbt sempat memadam tulisan juri dgn 'liquid paper' dan menulis markah yg lain di atasnya. klu itu blm lagi cukup, wakil tsbt sempat lagi bermegah kpd peserta kontingen bhw dia smpt menukar markah supaya dpt memberi kedudukan berpingat kpd kontingennya.

klu itu blm cukup, sempat lagi pegawai kontingen memfitnah pesertanya sendiri stlh memberi kbnrn kepada mrk hanya utk memburuk2kn mrk supaya integriti dorg diragui.

ini ke kerja org dewasa?
ini ke kerja seorg yg mahir silat?
ini ke kerja seorg pegawai yg bttgjwb?

bukan prestasi sekolah lain yg kmi pertikaikn tp lebih utama lg, kewibawaan pegawai yg mengetuai kontingen KL, yg msh mengetuai kontingen ini dan akan terus mengetuainya di masa hdpn dgn melakukan penyelewengan sebegini utk menaikkan org yg disokongnya, bkn yg btl2 lyk sekiranya kami hanya berdiam diri tanpa mencuba utk membetulkan keadaan.

jadi, siapakah yg sebenarnya berdosa di sini?
dia yg cuba memperbtlkn keadaan dan dicaci?
ATAU
dia yg menyeleweng dan menutup perbuatannya dgn fitnah?

"DOSE FITNAH LBH BSR DRPD DOSE MBUNOH"

"DOA ORG YG DIZALIMI DAN DIFITNAH TIDAK ADE HIJAB MALAH DOA PLG MAKBUL..."

sekiranya btl ungkapan di atas, bersedialah utk menerima ksn perbuatan kmu..

berani kerana benar..