Friday, April 18, 2008

Muslihat Halus Era Kebangkitan Rakyat

a, memang seronok bila kita lihat orang ramai bergembira bersama-sama dengar pidato. Tapi ada antara kita lebih suka bergesel-gesal badan dan bermain mata dengan gadis-gadis disitu sehingga terlupa dengar apa benda yang diucapkan. Ketuanan Rakyat dilaungkan kami tak faham makna tapi anggapannya pasti terbaik untuk orang Melayu. Ya itulah 'kebebasan' yang kami semua inginkan dibawah nama "era kebangkitan rakyat"; biar cakap banyak dahulu, prestasi kita nilai kemudian. Tapi janganlah cuba asingkan lelaki dengan perempuan, nanti kita tak dapat can lagi.

Ya, kita amat setuju rakyat Malaysia patut bangkit seperti :-

- rakyat Perancis semasa 'the French Revolution' dimana yang dituduh bersalah daripada golongan kaya, mengikut perhitungan orang ramai, telah digantung serta dipancong kerana kerajaan tidak menyediakan cukup makanan; atau seperti

- rakyat Shi'ah Islam yang didorong oleh George Bush dan penghianat negara Iraq terhadap Saddam Hussein. Hari ini, iaitu selepas 5 tahun dijajah, sungguh sedih kita lihat negara itu yang bangsanya pada satu ketika dulu adalah yang termaju di dunia Arab dimusnahkan dan rakyatnya lebih jauh menderita berbanding semasa zaman Saddam;

- atau lagi dekat, di Filipina di mana negara itu tak kemana-mana kerana selalunya diadakan suara kebangkitan rakyat yang ingin menukar kepimpinan kerajaan;

- lihat juga nasib Presiden Suharto, orang yang telah bawa banyak pembangunan tetapi kerana kebangkitan rakyatnya dipermainkan oleh Pentadbiran Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya, jatuh juga orang tua itu.

- tengoklah East Timur, rakyatnya bangkit tetapi hasil negara dicuri sepenuhnya oleh bangsa asing yang memberi sokongan.

Memang banyak contoh lagi dimana kebangkitan rakyat bersama kebebasan bersuara lantang telah menumbangkan kerajaan tetapi motif sebenarnya di belakang tindakan suara kebangkitan rakyat itu terdapat terlindung hasrat utama kepentingan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia (jangan lupa Isreal) untuk MELANTAK hasil semula jadi dan dijadikan pasaran utama negara mereka. Ya selalunya slogan kata yang amat ketara adalah 'rakyat masih terpinggir mana kala yang melantak harta negara ialah golongan elit atau pemimpin tertentu dan kepercayaan tulin bahawa kaum mereka akan pastikan kaum lebih terbela nasibnya (di bawah Pakatan Rakyat)". Bukankah sentiasanya 'sejarah berulang kembali' apabila berlaku peralihan kuasa, kaum yang tidak disenangi atau tidak berpihak kepada pentabiran baru akan ditindas dengan amat sekali. Ya, biasa nya yang baru berkuasa juga akan Melantak seperti pemimpin yang terdahulu.

Betulkah berpidato diperjumpaan besar-besaran sehingga 20,000 sehingga 70,000 rakyat berkumpul semestinya platform terbaik bagi menyampai pendirian atau pendapat? Sebagai kesimpulan baru-baru ini disatu majlis yang dianjurkan oleh UMNO di sebuah dewan, yang hadir termasuk juga orang bukan UMNO, terdapat juga orang PAS, PKR dan juga orang berbangsa India dan Cina yang ingin mendengar ucapan dari Tun Mahathir. Samalah juga perhimpunan Pakatan Rakyat, mungkin kerana ingin kenali siapa pemimpin-pemimpin baru yang dilantik ini dan mendengar apa mereka nak katakan, orang ramai pun datang, tak semestinya semua yang hadir adalah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Bolihkah para hadirin puas mendengar mesej yang diluahkan 'one way' sahaja tanpa soal jawab?

YA "YAKINLAH bahawa Pakatan Rakyat pasti BOLEH membukti kepada semua lapisan masyarakat Malaysia yg MEREKA BOLEH mentadbir NEGARA lebih baik daripada UMNO/BN". Adakah hanya selepas sebulan mula mentadbir adalah mencukupi bagi meyakinkan hati rakyat? Yakinkah mereka bahawa Isu Babi, isu memberi hak tanah kepada rakyat dimana hanya lebih kurang 15 peratus sahaja adalah kaum Melayu, slogan kata Ketuanan Rakyat amat tepat sekali, membasmi Dasar Ekonomi Baru atau 'affirmative social policy' terhadap kaum Malayu dll boleh diselesaikan dengan begitu cepat tanpa menyakitkan hati semua lapisan rakyat. YA YAKINLAH bahawa mereka daripada pihak Pakatan Rakyat adalah manusia yang amat berkurangan nafsu semula jadi, semuanya baik belaka, tidak akan melantak. Pasti ada muslihat lain. INGAT - SETIAP JANJI-JANJI PILIHANRAYA MESTI DIKABULKAN OLEH PAKATAN RAKYAT. No two ways about it. Jangan beri apa-apa alasan walaupun terdapat perbezaan pendirian yang amat ketara antara parti-parti komponennya.

YA YAKINLAH - tapi sya berkata "TAHI LEMBU! ( BULL SHIT!!)" baru nak berjinak-jinak dah cakap macam sudah nikah selama-lama nya; agak nya mereka berfikir semua rakyat Malaysia boleh dipermainkan dengan kata-kata KOSONG dan BONGKAK mereka . Ya, apa perkara pun yang dianggap 'berzina' boleh dihalalkan mengikut tafsiran sempit dan kepuasan hati mereka.

Teguran saya senang sahaja "DREAM ON" atau "PERGI MAIN LAYANG-LAYANG, NAIKKANNYA SETINGGI BOLEH KERANA ANGIN AMAT KENCANG" – terjemahkanlah dalam bahasa Inggeris untuk faham makna sebenarnya. Jangan cuba cuitkan perasaan rakyat hanya kerana ghairah untuk berkuasa.

Tapi saya tak mahu fikir banyak-banyak mengenai muslihat yang mungkin berselindong dibelakang slogan 'era kebangkitan rakyat' melalui perjumpaan raksasa asalkan saya dan kawan-kawan saya dapat berpoya-poya dalam keadaan berpesta, mencari nikmat dunia yang sedia ada dikhalayak orang ramai semasa perhimpunan, lagi besar perhimpunan lagi banyak peluang untuk buat bisnes. Best Gila!!!

No comments: